fbpx

Lelaki lebih ramai di Sarawak berbanding wanita

KUCHING – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Sawarak mendedahkan jumlah penduduk lelaki di Sarawak kini melebihi penduduk wanita dengan nisbah 107 lelaki bagi setiap 100 wanita berdasarkan bancian bagi tempoh 2011 sehingga 2020.

Laporan Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 bagi Sarawak menunjukkan, negeri ini merekodkan 2.453 juta penduduk dengan purata kadar pertumbuhan tahunan 0.2 peratus bagi tempoh 2011 sehingga 2020.

Hasil bancian itu dibentangkan pada Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN): Penemuan Utama Banci Malaysia 2020 dan KDNK 2021 Sarawak anjuran DOSM Sarawak dengan kerjasama DUN, di sini hari ini.

Bancian berkenaan juga menunjukkan Kuching sebagai daerah yang mempunyai kepadatan penduduk tertinggi, iaitu 609,000 orang.

Bagi statistik subnasional DUN Sarawak pula, ia menunjukkan DUN N75 Senadin mempunyai bilangan penduduk tertinggi, iaitu 132,000 orang dan DUN N06 Tupong pula berada pada kedudukan kedua tertinggi dengan 91,000 penduduk.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles