fbpx

13 maut, 21 cedera dipanah petir di Yemen

ADEN – Seramai 13 orang terbunuh manakala 21 cedera akibat dipanah petir di Yemen dalam tempoh 24 jam, lapor Anadolu memetik Agensi Berita SABA pada Ahad.

Media tempatan melaporkan seramai tujuh orang meninggal dunia dan lapan lagi cedera akibat dipanah petir di beberapa kawasan di wilayah Hajjah.

Sementara itu, enam wanita dilaporkan maut dan 13 lagi cedera ketika menghadiri majlis pengebumian di wilayah Amran.

Dalam perkembangan lain, pada 12 Ogos, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 77 orang terkorban akibat hujan lebat dan kejadian banjir di Yemen. – Bernama

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles