fbpx

Tarif elektrik semua pengguna kekal – MOF

KUALA LUMPUR – Kerajaan mengekalkan tarif elektrik bagi semua pengguna untuk separuh tahun kedua 2022 pada kadar sama dengan separuh tahun pertama.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan semalam berkata, kerajaan pada 24 Jun lalu memutuskan perkara itu walaupun kos penjanaan elektrik telah meningkat berikutan kenaikan mendadak harga bahan api dunia tahun ini.

Pada awal 2021, harga arang batu adalah sekitar AS$80 satu tan (RM4.4655=AS$1), namun pada pertengahan 2022, mencecah AS$400 satu tan.

“Sehubungan itu, kerajaan akan menanggung subsidi elektrik RM5.8 bilion bagi manfaat kesemua ahli Keluarga Malaysia daripada impak kenaikan kos elektrik. Kerajaan akan membayar RM5.8 bilion itu kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

“Ia bagi memastikan TNB tidak terkesan daripada kenaikan mendadak harga bahan api untuk penjanaan elektrik selaras mekanisme Peraturan Berasaskan Insentif (IBR),” kata MoF dan memaklumkan kenaikan kos penjanaan elektrik juga meningkatkan keperluan modal kerja TNB.

Menurut MoF, kerajaan juga akan memberi jaminan pembiayaan TNB sehingga RM6 bilion untuk memastikan operasi syarikat utiliti itu dalam menjana elektrik tidak terganggu bagi manfaat Keluarga Malaysia, di samping memangkin kemampanan industri tenaga negara.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles