Perodua daftar 26,039 kenderaan pada Ogos, Bezza paling popular

KUALA LUMPUR – Pendaftaran kenderaan Perodua pada Ogos 2022 meningkat sebanyak 42 peratus kepada 26,039 unit berbanding 18,346 kenderaan dicatatkan pada Julai 2022 berikutan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, dari segi pengeluaran, Ogos adalah bulan terbaik setakat tahun ini dengan 28,036 unit dihasilkan, membawa kepada peningkatan yang baik dalam penghantaran untuk semua model.

Katanya, Perodua Bezza model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi (6,252 unit) dan Axia (4,857 unit).

“Kami sedang berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami.

“Perodua Alza baharu menerima 51,000 tempahan setakat ini, dengan 7,682 unit telah didaftarkan pada Julai dan Ogos,” katanya dalam kenyataan semalam.

Zainal Abidin berkata, peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan kekurangan pekerja di peringkat operasi pembekalnya.

“Bagaimanapun, isu ini telah diatasi pada masa ini,” katanya.

Katanya, pihaknya turut memantau kenaikan harga bahan mentah pada masa ini dan bekerjasama dengan ekosistem mengenai cara terbaik untuk mengurangkan impak tersebut terhadap operasinya.

Bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini, Perodua menyaksikan kenaikan sebanyak 63.7 peratus kepada 171,728 kenderaan yang didaftarkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini berbanding 104,933 unit didaftarkan dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Bagaimanapun, Zainal Abidin berkata, perbandingan bagi tempoh awal tahun kewangan hingga setakat ini terganggu berikutan negara menjalani sekatan pergerakan antara 1 Jun 2021 dan 15 Ogos 2021, yang mana pada masa itu, semua operasi bukan keperluan telah digantung.

“Dari Januari hingga Ogos lalu, Perodua Myvi masih kekal sebagai model paling laris kami apabila 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” katanya. – BERNAMA

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles