fbpx

Remaja kurang tidur berisiko gemuk

MADRID – Penyelidikan Sepanyol yang menjalankan kajian terhadap terhadap 1,200 remaja berumur antara 12 hingga 16 tahun mendapati mereka berisiko menjadi gemuk atau obes jika tempoh tidur kurang tujuh jam.

Kajian itu mendapati, golongan remaja tersebut yang sering terjaga di tengah malam menyebabkan berat badan meningkat sehingga 29 peratus berbanding individu yang cukup tidur lapan jam.

Kurang tidur boleh mengakibatkan badan menghasilkan hormon ‘lapar’ ghrelin yang membuatkan individu terbabit makan lebih banyak, sekali gus keadaan itu meletakkan mereka berisiko besar menghidap obesiti.

Kajian yang dilaksanakan mengukur tempoh tidur mereka selama seminggu dan membandingkan ia dengan Indeks Jisim Badan (BMI).

Ia mendapati remaja berumur 14 tahun yang tidur kurang tujuh jam pada sebelah malam, merekodkan 72 peratus lebih kemungkinan mempunyai BMI melebihi 25, berbanding mereka yang melebihi lapan jam.

Sepatutnya golongan terbabit menyasarkan tempoh tidur selama lapan jam sebagai had minimum.

Kajian itu menggambarkan seorang dalam lima remaja di England terlalu gemuk ketika mereka mula sekolah rendah. – AGENSI

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles