fbpx

Kepala air: 32 pengunjung cemas terperangkap, 2 kereta hanyut di Lata Ulu Kasar

KUALA TERENGGANU – Seramai 32 pengunjung termasuk 13 kanak-kanak yang berkelah di Lata Ulu Kasar di Setiu, dekat sini, terperangkap dalam kejadian kepala air, petang semalam.

Keadaan berubah cemas apabila dua kereta iaitu Perodua Aruz dan Proton Savvy hanyut dibawa arus deras dalam kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Setiu, Mohd Razli Rapaie berkata, seramai 17 anggota daripada BBP Setiu dan Kuala Nerus bersama dua jentera, sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan sebuah pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat pada jam 5.30 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati terdapat kenderaan dihanyutkan arus.

“Bagaimanapun, kejadian ini tidak membabitkan kemalangan jiwa dan seramai 32 mangsa termasuk 13 kanak-kanak, selamat.

“Semua mangsa dihantar ke Masjid Merbau Menyusut oleh pasukan bomba dan orang awam,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial pengunjung berdepan detik cemas selain enam kereta hampir tenggelam dalam kejadian kepala air di kawasan Lata Ulu Kasar.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles