fbpx

Ahli perniagaan Malaysia terbabit rasuah larikan diri daripada tahanan rumah

WASHINGTON – Seorang ahli perniagaan Malaysia dipercayai terbabit dalam skandal rasuah utama Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) bertindak melarikan diri daripada tahanan rumah.

San Diego Union-Tribune melaporkan lelaki berkenaan melarikan diri menjelang pelaksanaan hukumannya dengan dengan memotong gelang kaki pemantauan.

Akhbar yang memetik Timbalan Penyelia Marsyal AS, Omar Castillo, dilaporkan berkata, Leonard Glenn Francis atau lebih dikenali sebagai ‘Fat Leonard’ memotong gelang kaki Sistem Penentududukan Global (GPS) pada Ahad lalu.

Pihak polis yang pergi ke rumahnya mendapati sudah kosong.

Timbalan Pendakwa Raya berkata, sebagai pertukaran kontrak, Francis memberi wang tunai kepada pegawai tentera laut, makanan gourmet, cerut mahal, arak cognac yang jarang ditemui dan pesta seks di hotel mewah.

Penguatkuasaan undang-undang tempatan dan Perkhidmatan Penyiasatan Jenayah Tentera Laut AS turut menyertai dalam pencarian suspek.

Castillo berkata, Francis sudah pasti merancang perkara berkenaan dan jiran melaporkan mereka melihat pergerakan trak keluar masuk dari rumah suspek sejak beberapa hari lalu.

Francis, yang bekerjasama dengan penyiasat AS dibebaskan atas alasan cuti perubatan dan diletakkan di bawah tahanan rumah dan sepatutnya dijatuhkan hukuman pada 22 September ini.

Pada 2015, Francis mengaku bersalah memberi rasuah kepada pegawai tentera laut sebagai sebahagian daripada skim rasuah dan penipuan meluas membabitkan syarikatnya yang berpangkalan di Singapura, Glenn Defence Marine Asia, yang memberikan perkhidmatan kepada kapal di Armada Pasifik Tentera Laut.

Jabatan Kehakiman AS menggelar skim itu sebagai penipuan terbesar yang membawa kerugian berpuluh juta dolar kepada tentera laut dan lebih 30 orang didakwa, dengan kebanyakannya mengaku bersalah atau disabitkan pada perbicaraan. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles