fbpx

Ambil tindakan Youtuber temu bual pelakon remaja, anggap satu bentuk eksploitasi seksual

KUALA LUMPUR – Tindakan ‘Youtuber’ menemu bual pelakon remaja berhubung dakwaan perbuatan jenayah bapa pelakon itu dianggap suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan.

Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia, Datuk Dr Raj Karim berkata, ‘Youtuber’ tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan pelakon berkenaan kerana tindakan yang didakwa dilakukan bapa pelakon terbabit adalah suatu bentuk perbuatan jenayah.

Sehubungan itu beliau berkata, mana-mana pihak yang terbabit dalam penyiaran kandungan di media sosial perlu mengikut garis panduan ditetapkan dalam menemu bual kanak-kanak bagi mengelakkan mereka mengeksploitasi golongan berkenaan demi mengejar tontonan yang tinggi.

“Apa tujuan ‘Youtuber’ itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya.

“Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.

“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemu bual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa.

“Kita sendiri tidak tahu bagaimana ‘Youtuber’ ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka,” katanya dipetik daripada Berita Harian.

Sebelum ini, pelakon remaja berkenaan ketika ditemu bual dalam sebuah saluran Youtube, mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles