fbpx

Bapa pelakon remaja ditahan di Kedah

KUALA LUMPUR – Polis semalam menahan bapa seorang pelakon remaja yang didakwa melakukan serangan seksual ke atas anak kandungnya itu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek ditangkap pada jam 2.25 petang di kediamannya di Kedah sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya.

“Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek dan akan dihantar ke Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisa.

“Ujian saringan air kencing ke atas suspek didapati negatif dan semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Wan Azlan berkata, suspek berusia 43 tahun direman tujuh hari sehingga 12 September ini untuk siasatan.

Semalam, Wan Azlan dalam kenyataan, memaklumkan pihaknya menerima satu laporan polis daripada pelakon remaja berusia 15 tahun itu pada jam 10.55 malam, kelmarin.

Katanya, pelakon remaja itu dalam laporan polisnya menyatakan dia diganggu secara seksual oleh bapa kandungnya serta tidak menjaga kebajikannya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles