TELUK INTAN – Raja Gelek Malaysia, Datuk M Daud Kilau, 84, yang mengadu sesak nafas dimasukkan ke Hospital Teluk Intan (HTI) di sini tengah malam tadi.
Doktor mengesahkan penyanyi veteran itu dalam keadaan kritikal dan mempunyai masalah paru-paru berair.
Anaknya, Ahmad Zaini, 51, berkata, bapanya dibawa ke HTI pada jam 12 tengah malam tadi dan dalam pemantauan doktor.
“Kami sekeluarga membenarkan doktor untuk membuat memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan dan memasukkan tiub bagi membantu bernafas apabila jantung terhenti.
“Ayah masih memerlukan bantuan pernafasan dan dalam keadaan separuh sedar tapi masih kritikal,” katanya hari ini.
Penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu sebelum ini pernah dimasukkan ke HTI selepas mengadu sesak nafas dan menjalani prosedur pembedahan angioplastydi Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, dua tahun lalu.
M Daud yang dilahirkan di Bagan Datoh, Perak aktif dalam bidang seni selepas menjuarai Bintang Radio di Singapura pada 1968 mendendangkan lagu Musalmah Manis dan Joget Hitam Manis.
SelaiKali terakhir beliau beraksi di pentas adalah pada enam tahun lalu dan selepas itu tidak lagi aktif biarpun masih menerima jemputan untuk membuat persembahan.