fbpx

Remaja dikhuatiri lemas, 2 tidak sedarkan diri mandi di Tanjung Balau

KOTA TINGGI – Sekumpulan enam sekawan yang seronok mandi-manda di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, di sini bertukar tragedi apabila seorang dikhuatiri lemas manakala dua lagi tidak sedarkan diri.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi tadi, tiga remaja perempuan berusia 13 tahun yang hampir lemas berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi masih hilang.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Mohd Hazmi Zulkafli, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.39 pagi sebelum 10 anggota bergegas ke lokasi.

“Setiba Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, didapati tiga mangsa sudah diselamatkan terlebih dahulu oleh orang awam.

“Dua mangsa membabitkan masing-masing seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun dan remaja perempuan berusia 14 tahun pula ditemui pasukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, seorang lagi remaja perempuan berusia 13 tahun masih tidak dijumpai,” katanya yang kesemua mereka dikatakan dari Kota Tinggi.

Beliau berkata, PKO segera membawa naik dua mangsa yang dijumpai tidak sedarkan diri dan memberi rawatan awal bantuan pernafasan sebelum mereka dikejarkan ke Klinik Kesihatan Penawar.

“Tiga mangsa yang selamat juga dibawa ke klinik dengan menaiki ambulans. Selain itu, PKO giat melakukan operasi pencarian seorang mangsa yang masih hilang, dengan menggunakan kaedah pencarian di permukaan pada jarak kira-kira 80 meter dari pesisiran pantai,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles