fbpx

Juruterbang, pembantu juruterbang maut nahas pesawat tentera laut Indonesia

JAKARTA – Juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat ringan milik Tentera Laut Indonesia disahkan terbunuh selepas pesawat itu terhempas di perairan wilayah Jawa Timur pada Rabu, kata Ketua Staf Angkatan Laut Indonesia Laksamana Yudo Margono pada Khamis, lapor Xinhua.

“Kedua-dua mereka (juruterbang dan pembantu juruterbang) disahkan maut,” kata laksamana itu pada sidang akhbar.

Pesawat G-36 Bonanza T-2503, dilaporkan terhempas di Selat Madura semasa menjalankan latihan pertahanan.

Margono berkata mayat mangsa masih di dalam pesawat ketika bangkai pesawat itu dijumpai.

“Kedua-dua mereka masih duduk di kerusi masing-masing di dalam pesawat. Bangkai pesawat dikeluarkan dari lautan pagi ini (Khamis),” kata Margono. – BERNAMA

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles