fbpx

Pendakwah selebriti direman kes amang seksual babit 4 remaja lelaki bawah umur

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah bebas yang juga pelakon ditahan polis selepas didakwa melakukan amang seksual secara fizikal membabitkan empat remaja lelaki bawah umur.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, pihaknya telah menerima empat laporan polis daripada mangsa-mangsa berkenaan pada 30 Ogos lalu sebelum suspek ditangkap Khamis lalu.

Kesemua laporan polis tersebut dibuat oleh empat orang individu berumur lingkungan 17 hingga 18 tahun yang mendakwa telah menjadi mangsa amang seksual fizikal oleh suspek.

“Siasatan awal mendapati, suspek merupakan seorang lelaki warganegara tempatan berusia lingkungan 40-an telah berkenalan dengan kesemua pengadu dalam program motivasi yang diadakan di sekolah sekitar Selangor.

“Hasil dari perkenalan tersebut, suspek didakwa telah bertindak melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bertindak atas maklumat berikut, tambah Arjunaidi, polis telah berjaya membuat tangkapan ke atas suspek terbabit pada 8 September lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

Suspek kemudian dihadapkan ke Mahkamah Majistret Klang pada Jumaat lalu sebelum berjaya memperoleh kebenaran tahanan reman selama enam hari mulai sehingga 14 September di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut ke atas suspek.

“Kes sedang disiasat secara mendalam di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara selama tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles