fbpx

Elaun Sara Hidup pelajar tajaan MARA dalam, luar negara naik bulan ini

BANGI – Para pelajar dalam dan luar negara di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendapat khabar gembira apabila kerajaan bersetuju menaikkan kadar Elaun Sara Hidup (ESH) berkuat kuasa bulan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan kadar ESH baharu bagi pelajar dalam negara dinaikkan minimum RM650 sehingga maksimum RM950 sebulan bermula daripada peringkat diploma sehingga doktor falsafah dan profesional.

“Bagi kadar ESH bagi pelajar luar negara dinaikkan kepada kadar minimum RM1,380 sehingga maksimum RM7,600 sebulan, bermula daripada peringkat ijazah sarjana muda sehingga peringkat doktor falsafah dan peringkat profesional,” katanya di sini hari ini.

Kenaikan kadar ESH ini akan memberikan manfaat kepada 62,998 pelajar MARA di dalam dan luar negara.

Katanya, kadar ESH yang disediakan oleh MARA adalah untuk kegunaan pelajar bagi menampung perbelanjaan harian meliputi kos makan minum, sewaan kediaman, pengangkutan dan keperluan harian semasa pengajian.

“Kadar elaun sedia ada ini sudah diguna pakai melebihi 13 tahun dan terdapat keperluan untuk semakan semula.

“Berdasarkan laporan World Economic Outlook pada April 2022 oleh International Monetary Fund (IMF), pertumbuhan ekonomi global dijangka menurun kepada 3.3 peratus pada 2023,” katanya.

Beliau berkata, kenaikan kos sara hidup dalam negara kita sejak 10 tahun yang lalu diburukkan lagi lagi kemunculan pandemik pada 2020.

Untuk rekod, ketika ini terdapat seramai 4,149 pelajar tajaan MARA sedang mengikuti pengajian di luar negara dan daripada jumlah itu, seramai 1,049 pelajar sedang mengikuti pengajian di 24 universiti dalam senarai 50 universiti terbaik dunia.

Pada masa sama, pelajar tajaan MARA dalam negara adalah seramai 58,849 dan mereka ini mengikuti pengajian di semua universiti awam atau institusi pendidikan swasta terpilih daripada kedudukan atau ranking 4 hingga 6 Star SETARA (Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi) yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles