fbpx

Raja Charles III ditabal ketua negara bagi Australia, New Zealand

SYDNEY – Raja Charles III secara rasmi ditabalkan sebagai ketua negara bagi Australia dan New Zealand yang diisytiharkan di Parlimen di kedua-dua negara.

Di New Zealand, pertabalan Charles, mengambil alih monarki itu daripada mendiang Ratu Elizabeth II dibuat di Parlimen di Wellington.

Perdana Menteri, Jacinda Arden berkata, persidangan itu mengisytiharkan anakanda kepada Ratu yang mangkat pada Khamis sebagai ketua negara.

“Raja Charles III adalah ketua negara kita,” katanya.

Arden berkata, dengan kemangkatan Ratu Elizabeth, New Zealand kini memasuki tempoh peralihan.

Di Australia, wakil monarki British, Gabenor Jeneral David Hurley, menabalkan Raja Charles sebagai ketua negara di Parlimen di Canberra dengan diiringi 21 das tembakan.

Terdahulu, Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese berkata, 22 September ini sebagai hari bagi berkabung di atas kemangkatan Ratu Elizabeth dengan hari terbabit diisytiharkan sebagai cuti umum.

Albanese berkata, beliau akan ke London bagi menghadiri upacara pemakaman Ratu Elizabeth pada 19 September dan pulang pada 21 September ini.

“Kemudian pada keesokannya adalah hari kebangsaan bagi berkabung dan upacara peringatan.

“Ini bagi membolehkan rakyat memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Ratu,” katanya. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles