Bilionair AS derma bisnes bagi tangani perubahan iklim

London – Bilionair yang juga pengasas pakaian outdoor jenama Amerika Syarikat (AS), Patagonia mewariskan empayar perniagaannya bernilai 2.6 billion pound sterling (RM13.5 bilion) kepada organisasi yang bukan bermotifkan untuk keuntungan.

Mirror UK melaporkan Yvon Chouinard, 83, isteri dan dua anak dewasanya sudah memindahkan pemilikannya terhadap syarikat itu kepada organisasi terbabit untuk usaha menangani perubahan iklim.

Chouinard membuat pengaturan itu untuk memastikan kebebasan firmanya dan memastikan semua keuntungannya iaitu kira-kira 87 pound sterling juta setahun (RM450 juta) untuk digunakan memerangi perubahan iklim dan melindungi tanah yang belum dibangunkan di seluruh dunia.

Surat mengenai keputusan itu diterbitkan di laman web Patagonia dan beliau berkata, walaupun sudah melakukan yang terbaik untuk menangani krisis alam sekitar, namun ia tidak mencukupi.

“Kami perlu mencari jalan meletakkan lebih banyak wang untuk memerangi krisis sambil mengekalkan nilai syarikat.

“Satu pilihan ialah menjual Patagonia dan menderma semua wang. Tetapi kami tidak dapat memastikan pemilik baharu akan mengekalkan nilai kami atau memastikan pasukan kami yang terdiri daripada pekerja di seluruh dunia tetap bekerja.

“Laluan lain ialah mencipta syarikat awam. Betapa dengan bencana yang dialami, sejujurnya, tiada pilihan baik tersedia. Jadi, kami mencipta pilihan kami sendiri,” katanya.

Saham syarikat milik persendirian itu kini akan dimiliki oleh badan amanah yang tertumpu pada program iklim dan kumpulan organisasi bukan untung yang masing-masing dipanggil Patagonia Purpose Trust dan Holdfast Collective, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ia menyatakan, setiap wang yang tidak dilaburkan semula ke Patagonia akan diagihkan sebagai dividen untuk melindungi bumi.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles