fbpx

Kadar tol Terusan Suez naik tahun depan

KAHERAH – Kadar tol transit Terusan Suez akan meningkat sebanyak 15 peratus bagi semua jenis kapal dan 10 peratus bagi kapal pukal kering serta kapal persiaran mulai tahun depan.

Perkara itu diumumkan oleh Pihak Berkuasa Terusan Suez (SCA) dalam kenyataan, semalam.

Menurut pihak berkuasa, kenaikan harga tenaga, kadar pengangkutan dan kadar sewa harian untuk kapal, yang dijangkakan berterusan tahun depan, menjadi sebab utama untuk menaikkan tol transit di sepanjang terusan penting tersebut yang menghubungkan Laut Mediterranean ke Laut Merah.

“Kenaikan (tol) tidak dapat dielak dan perlu dilaksanakan berikutan inflasi global semasa, yang memberi kesan kepada peningkatan kos operasi dan kos perkhidmatan pelayaran yang disediakan di terusan itu,” kata Pengerusi SCA Ossama Rabiee seperti yang dilaporkan agensi berita Xinhua.

Beliau berkata, SCA menyelaraskan kadar tol melalui mekanisme jelas merangkumi perubahan dalam pasaran pengangkutan maritim, sambil menyatakan terusan itu kekal sebagai laluan paling cekap dan paling murah berbanding laluan alternatif.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles