fbpx

Polis tahan 2 wanita, cubaan culik kanak-kanak

KUALA LUMPUR – Dua wanita warga asing ditahan hari ini, berhubung dakwaan cubaan culik seorang kanak-kanak di Genting Highlands, Bentong, Pahang, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata satu laporan polis dibuat bapa kanak-kanak berkenaan berusia 33 tahun pada jam 1.20 tengah hari pada Selasa lalu.

“Susulan itu, kami merakam keterangan pengadu dan saksi berhubung insiden berkenaan yang dirakam menerusi satu video berdurasi satu minit 20 saat yang turut tular di media sosial, Isnin lalu.

“Hasil siasatan, kami menahan dua wanita warga asing masing-masing berusia 42 dan 50 tahun jam 11.30 pagi tadi, bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan culik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda.

“Kertas siasatan kes berkenaan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai terutamanya ibu bapa atau penjaga supaya sentiasa berhati-hati dan peka terhadap aspek keselamatan anak-anak khususnya di tempat yang sesak bagi mengelak perkara tidak diingini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles