Penghantar makanan maut dalam nahas 5 kenderaan

KLANG – Seorang penghantar makanan maut dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Persimpangan Lampu Isyarat, Jalan Meru/Jalan Haji Sirat, di sini petang tadi.

Seorang lagi penunggang motosikal parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Nissan X-trail, sebuah Proton Wira dan dua buah motosikal kira-kira jam 2.30 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao, berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di dua lorong kanan untuk membelok ke Jalan Haji Sirat.

“Sebuah kenderaan jenis Nissan X-trail yang memandu di lorong kiri hendak membelok ke kanan, tiba-tiba kenderaan jenis sama di lorong kanan hendak jalan terus dan berlaku perlanggaran.

“Kedua-dua kenderaan itu terbabas, Nissan X-trail yang berada di lorong kanan melanggar sebuah motosikal yang berada di arah bertentangan.

“Manakala Nissan X-trail yang berada di lorong kiri melanggar sebuah motosikal Grab Food dan kereta Proton Wira yang juga berada di arah bertentangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Akibat pelanggaran itu katanya, penunggang motosikal Grab Food iaitu seorang lelaki tempatan berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dibawa ke HTAR bagi tujuan bedah siasat.

“Penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, kedua-dua pemandu SUV yang berumur 20 tahun dan 24 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles