fbpx

Kembara 91 buah negara, lelaki cari tandas paling teruk di dunia

DUSHANBE – Kebiasaannya pelancong melancong bagi melihat keunikan sesebuah negara, namun seorang lelaki dari Brighton, England melakukan aktiviti itu bagi mencari tandas awam paling teruk di dunia.

Graham Askey, 58, sanggup meneroka 91 buah negara sejauh 120,700 kilometer (km) dalam usaha mencari tandas awam paling teruk itu.

Askey juga melabur kira-kira AS$169,000 (RM772,161) dalam usaha pencarian itu dan ianya bermula selepas dia menemui tandas yang teruk ketika bercuti di Maghribi, beberapa tahun lalu.

Penggembaraan penulis blog itu akhirnya berjaya menemui tandas awam paling teruk itu di Tajikistan.

Tandas dikelilingi najis kering akibat panas matahari itu terletak di wilayah Ayni dalam sebuah bangsal kayu setinggi 1.5 meter yang usang dan kelihatan mengerikan.

Tandas di Tajikistan ini adalah yang paling teruk di dunia dan orang ramai didakwa menggunakan kain penutup bangsal sebagai tisu tandas selain perlu berwaspada dengan ular berbisa.

Pengguna perlu berwaspada untuk menggunakannya kerana ular berbisa dan tikus menjijikkan bersarang di celah-celah batu di bawah bangsal itu.

Orang ramai didakwa menggunakan kain yang menutup bangsal itu sebagai tisu tandas, manakala penduduk tempatan tidak berani menjejakkan kaki ke tandas itu melainkan benar-benar terdesak.

“Setelah menggunakan beberapa bilik air paling kotor di pelbagai tempat di planet ini, tandas di Tajikistan adalah yang paling teruk di dunia. Ia adalah lubang ‘neraka’ yang sempurna.

“Dengan tiada tisu tandas tersedia, pembina membinanya dengan mudah dengan menggunakan fabrik untuk menawarkan fungsi tisu tandas. Penduduk tempatan kelihatan memanfaatkan ia sepenuhnya,” katanya kepada agensi berita Britain, SWNS.

Selain itu, Askey turut menjumpai banyak kemudahan awam yang lebih mengerikan dan merekodkan penemuannya dalam buku terbaharunya, Toilets of the Wild Frontier. 

Dia sejak itu merakam gambar luaran tandas-tandas yang ditemui.

Koleksi itu diterbitkan dalam ruangan Inside Other Place Blog, sebahagian daripada Toilet & Urinal Restoration & Design Society (TURDS). – AGENSI

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles