fbpx

Penyokong mati dalam dakapan pemain – Roca

JURULATIH bola sepak dari Chile, Javier Roca semalam mendedahkan ada penyokong mati dalam dakapan pemain selain mendakwa polis yang melepaskan gas pemedih mata “keterlaluan”.

Tragedi rusahan bola sepak Indonesia itu mengorbankan sekurang-kurangnya 125 nyawa manakala 323 orang cedera.

Kejadian berlaku apabila penyokong Arema FC masuk ke padang di Stadium Kanjuruhan selepas pasukan mereka tewas 3-2 kepada seteru utama, Persebaya Surabaya.

“Perkara paling teruk apabila mangsa datang untuk mendapat rawatan dengan doktor pasukan. Kira-kira 20 orang tiba dan empat maut. Penyokong mati dalam dakapan pemain,” kata jurulatih Arema, Roca kepada penyiar Sepanyol, Cadena Ser.

“Mental saya sangat terganggu. Saya merasai beban yang berat, ia satu tanggungjawab yang berat,” katanya.

Polis yang menggambarkan insiden itu sebagai “rusuhan”, berkata mereka cuba memaksa ribuan penyokong kembali ke tempat duduk dari padang dan melepaskan gas pemedih mata selepas dua pegawai terbunuh.

Ramai daripada mangsa dipijak hingga mati, kata polis.

Stadium berkenan boleh memuatkan 42,000 orang dan pihak berkuasa berkata semua tiket habis dijual. Polis berkata seramai 3,000 orang masuk ke padang.

Roca, 45, yang menghabiskan sebahagian besar kariernya di Indonesia, menggambarkan sepenuhnya tragedi selepas perlawanan kelmarin.

“Selepas perlawanan itu, saya ke bilik persalinan dan sebahagian pemain kekal di padang. Selepas sidang akhbar, saya melihat tragedi itu,” katanya.

“Pemain lalu di depan saya dengan memegang mangsa. Keputusan itu memberi kesan dan menyebabkan perkara berkenaan terjadi pada penghujung. Jika kami seri, ia pasti tidak akan terjadi.” – AFP

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles