fbpx

Siasat kenderaan terbabas, tapi jumpa mayat wanita reput dalam longkang

IPOH – Siasatan pihak polis berhubung kejadian kemalangan sebuah kereta turut menemukan satu mayat reput di dalam longkang di persimpangan lampu isyarat Pekan Tambun di sini hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, polis menerima maklumat kemalangan membabitkan sebuah kenderaan terbabas yang berlaku di tepi longkang berhampiran lampu isyarat jalan besar Tambun pada jam 5.25 pagi.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian oleh pihak polis mendapati kemalangan ini membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback dan pemandu seorang lelaki berjaya diselamatkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

“Semasa polis menjalankan siasatan, polis menemui satu mayat reput dalam kawasan semak berjarak kira-kira dua meter dari lokasi kereta yang terbabas itu.

“Mayat disyaki perempuan dan berada dalam keadaan berpakaian lengkap serta tiada kesan kecederaan pada tubuh badan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Yusri berkata, mayat itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi tujuan bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu keputusan bedah siasat daripada pihak hospital,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles