MAQIS sita 28 tan daging kerbau sejuk beku dari India

BUTTERWORTH – Sebanyak 28 tan daging kerbau sejuk beku dari India disita Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang kerana maklumat mengelirukan pada sijil kesihatan dan halal.

Pengarah MAQIS negeri, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, daging kerbau itu dikesan dalam sebuah kontena ketika penguat kuasa MAQIS negeri membuat pemeriksaan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, kelmarin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kontena berkenaan membawa 1,167 kotak produk ruminan iaitu daging kerbau sejuk beku dari India bernilai RM270,000.

“Pemeriksaan lanjut mendapati keseluruhan dagangan terbabit menggunakan maklumat mengelirukan iaitu maklumat pada sijil kesihatan dan sijil halal yang dikeluarkan dari negara pengeksport adalah tidak tepat dan berbeza.

“Berikutan itu, dagangan seberat 28 tan berkenaan ditahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Dalam akta ini menjadi kesalahan apabila mana-mana orang memberikan maklumat yang palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian.

“Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau keduanya sekali,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles