fbpx

Kutipan tol SUKE bermula tengah malam ini

KUALA LUMPUR – Kutipan tol akan dikenakan kepada pengguna Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) bermula jam 12.01 tengah malam ini.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) dalam kenyataan, memaklumkan kutipan tol itu membabitkan jajaran fasa satu iaitu dari persimpangan Cheras-Kajang hingga persimpangan Bukit Antarabangsa yang dibuka kepada pengguna sejak 16 September lalu.

Bayaran akan dikenakan kepada pengguna yang melalui Plaza Tol Bukit Teratai dan Plaza Tol Ampang dengan kadar tol mengikut kelas kenderaan iaitu RM2.30 bagi kereta, lori (RM4.60), treler (RM6.90), teksi (RM1.20) dan bas (RM2.30).

Kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya dengan menggunakan kad Touch ‘N Go, SmartTAG dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

“Bahagian operasi SUKE akan sentiasa memantau kelancaran sistem kutipan tol selain menempatkan petugas di lorong plaza tol kedua-dua arah lebuh raya terutama pada waktu puncak bagi membantu pengguna yang menghadapi kesulitan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles