fbpx

Isteri tularkan video suami kantoi bersama pelacur, kena terajang

SHAH ALAM – Seorang suami dipercayai sedang seronok melayan pelacur mendapat balasan segera selepas perbuatan terkutuk di sebuah hotel itu dibongkar isterinya hari ini.

Difahamkan semasa serbuan dilakukan, kedua-dua pasangan itu tidak berpakaian dan dalam keadaan mencurigakan.

Si isteri yang tidak dapat menahan marah bertindak menyerang si suami dan perempuan dipercayai pelacur terbabit.

Selain memukul, wanita berkenaan turut menendang perut suaminya yang dipercayai perbuatan curang suaminya adalah bukan kali pertama.

Insiden itu tular di laman media dan hangat diperkatakan netizen.

Akibat sering dikecam dan dituduh jahat oleh orang ramai dan pihak keluarga mertua, wanita berkenaan akhirnya mengambil keputusan untuk memuat naik video tersebut di laman Facebook.

“Seminggu dah kes ini terjadi dan kenapa baru sekarang aku nak hebohkan, sebab melampau sangat orang tuduh aku buat jahat.

“Keluarga dia seorang pun tak nak dengar cakap aku mana yang baik dan mana yang buruk.

“Kalau bagi aku makan cukup tak apa ini tidak, rumah bil api, air dan kereta semuanya asyik berhutang, banyak kali kantoi tapi aku ni yang kurang bijak percaya dia kata pergi jumpa kawan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles