fbpx

Hentakan objek tumpul disyaki penyebab kematian bayi

AlOR SETAR – Hentakan objek tumpul di kepala menjadi dipercayai punca kematian bayi lelaki berusia tiga bulan yang dibunuh bapanya di sebuah rumah di Mukim Padang Hang, Isnin lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata hasil bedah siasat turut menemui kesan luka selain lebam di beberapa bahagian badan bayi berkenaan.

“Tempoh reman terhadap suspek sepatutnya berakhir esok dan kita akan merujuk kes itu pada Timbalan Pendakwa Raya dengan segera.

“Kalau boleh kita tuduh, kita akan tuduh terus, kalau tidak boleh tuduh kita akan sambung reman lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Media bersama Ketua Polis Kedah di Mess Pegawai, Jalan Kolam Air, di sini, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan, mayat seorang bayi ditemukan di atas katil di dalam sebuah rumah sebelum bapanya yang berusia 28 tahun ditahan polis sejurus selepas itu.

Ketika kejadian isteri suspek berusia 22 tahun tiada di rumah dipercayai bergaduh dan dipukul suspek sebelum melarikan diri.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles