fbpx

36 jemaah umrah Malaysia kandas di Arab Saudi selamat pulang

PUTRAJAYA – Seramai 36 orang daripada keseluruhan 63 jemaah umrah warga Malaysia yang terkandas di Arab Saudi sejak Jun lalu selamat tiba di tanah air awal pagi tadi.

Kementerian Luar menerusi kenyataan akhbar hari ini memaklumkan bahawa baki 27 orang lagi akan dibawa pulang melalui penerbangan yang seterusnya.

“Kumpulan pertama itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang dekat sini pukul 5.50 pagi tadi dengan Malaysia Airlines penerbangan MH153,” katanya.

Difahamkan, pesawat model Airbus 333 tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohamad Abdulaziz, Madinah pukul 3.58 petang waktu tempatan semalam.

Terdahulu, Wisma Putra pada 8 Oktober lalu dilaporkan telah menyelaraskan usaha penghantaran pulang kumpulan jemaah dari satu gerakan tarekat yang berpusat di Negeri Sembilan.

Ia susulan pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad mengenai amalan pelik mereka itu yang dipimpin oleh Habib Shah Firdaus Ahmad.

Mereka yang terdiri daripada masing-masing 28 orang dewasa dan 35 orang kanak-kanak itu merupakan pengikut kumpulan Naqsyabandiah Al-Khalidiyyah yang tiba di Arab Saudi Mac lalu.

Gerakan tersebut dipercayai kononnya merancang untuk menunggu kemunculan Imam Mahdi di Arafah pada hari wukuf lalu namun hampa apabila langsung tidak dibawa ke Mekah.

Ketua tarekat gerakan tersebut telah diusir keluar oleh pihak kerajaan Arab Saudi pada 20 Ogos lepas susulan daripada pelanggaran undang-undang tempatan berkaitan visa.

Mengulas lebih lanjut, Wisma Putra berkata, urusan penghantaran tersebut dilakukan dengan lancar malah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan negara berkenaan.

“Ini demi memelihara hubungan dua hala yang akrab antara Malaysia dan Arab Saudi serta keistimewaan diberikan termasuk kemudahan visa pelancong kepada rakyat,” jelasnya lagi.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles