fbpx

Bagnaia dinobat juara dunia MotoGP

FRANCESCO Bagnaia merekodkan kejuaraan dunia MotoGP pertamanya selepas perlumbaan penamat musim di Grand Prix Valencia sebentar tadi apabila Fabio Quartararo gagal mengatasinya dalam kedudukan mata keseluruhan.

Sebelum perlumbaan, juara bertahan, Quartararo ketinggalan 23 mata di belakang penunggang Ducati itu.

Penunggang Yamaha itu memerlukan kemenangan bagi mengatasi penunggang Itali itu namun menamatkan perlumbaan di tangga keempat dalam perlumbaan dimenangi pelumba Suzuki, Alex Rins.

Bagnaia kesembilan namun cukup untuk mengekalkan kelebihan dalam kedudukan keseluruhan dan memberikan Ducati gelaran pertama sejak Casey Stoner menang pada 2007, seterusnya menamatkan dominasi 15 tahun daripada pengeluar Jepun.

Kemenangan berkenaan mencatatkan kebangkitan terhebat dalam sejarah MotoGP apabila dia ketinggalan 91 mata pada pertengahan musim dan menamatkan penantian 50 tahun buat penunggang Itali menang kejuaraan bersama jentera keluaran Itali.

Bagnaia, 25, meraikannya dengan mengibarkan bendera Itali ketika Ducati menghadiahkannya topi keledar keemasan. – REUTERS

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles