fbpx

Jerman jadi ke Qatar dengan semangat baharu

JERMAN hadir ke Piala Dunia Qatar dengan impian besar dengan mempertaruhkan sentuhan jurulatih baharu, Hansi Flick.

Flick yang sebelum ini menjadi pembantu Joachim Low pada edisi 2014 ‘menghidupkan semula’ Jerman yang ditunjangi pemain dari Bayern Munich.

Selepas mengharungi dua temasya besar terakhir dengan kekecewaan selepas juara dunia empat kali itu gagal melepasi peringkat kumpulan pada edisi 2018 sebelum tewas di tangan England pada pusingan 16 terbaik Kejuaraan Eropah 2020.

Dalam dua musim bermula 2019 hingga 2021, Flick membimbing Bayern Munich menjulang dua kejuaraan liga, Liga Juara Juara serta juara Piala Dunia Kelab.

Justeru, tidak menghairankan kebanyakan pemain Jerman datang daripada Bayern Munich seperti Manuel Neuer, Joshua Kimmich dan Leon Goretzka mengemudi bahagian tengah serta bahagian sayap dipacu Leroy Sane serta Serge Gnabry.

Ketiadaan penyerang RB Leipzig, Timo Werner susulan kecederaan buku lali menyaksikan penyerang Chelsea, Kai Havertz bakal memainkan peranan besar pada Piala Dunia ini.

Thomas Muller memenangi Kasut Emas pada edisi 2010 selain menjulang ‘Silver Ball’ sebagai pemain kedua terbaik pada edisi 2014.

Pemain Jerman paling banyak memenangi trofi itu diketepikan ketika era sukar Low, namun kembali pada Kejuaraan Eropah 2020 dan membantu Jerman layak ke Qatar.

Meskipun sudah berusia 33 tahun dan seakan melepasi waktu gemilangnya tetapi Muller masih menyerlah dalam dua kempen liga terakhirnya bersama Bayern Munich.

Dengan catatan 19 gol serta 37 bantuan gol, Muller bakal menjadi antara pemain paling penting dalam perancangan Jerman bagi edisi kali ini.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles