fbpx

Guru, 14 murid dikejarkan ke hospital akibat raksa tumpah

KULIM – Seorang guru dan 14 murid dikejarkan ke Hospital Kulim selepas terdedah dengan kejadian tumpahan cecari raksa di makmal sebuah sekolah di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.20 pagi memaklumkan mengenai kejadian terbabit.

“Sebuah jentera bomba dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 11 anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati empat murid lelaki serta sembilan murid perempuan dan seorang guru wanita berusia 36 tahun terkesan akibat tumpahan cecair raksa dalam makmal sekolah terbabit,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa didapati mengalami kesan gatal dan dikejarkan ke Hospital Kulim.

“Kita turut memberikan rawatan awal kepada semua mangsa sebelum mereka dikejarkan ke hospital untuk tindakan susulan.

“Kerja-kerja pembersihan dilakukan di kawasan terjejas dan operasi tamat jam 12.40 tengah hari,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles