Penduduk dunia kini 8 bilion

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meraikan jumlah penduduk dunia yang kini mencecah lapan bilion, lapor Sputnik.

“Pada 15 November 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah lapan bilion orang, satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia,” menurut PBB menerusi laman sesawang ‘Day of Eight Billion’.

Pertumbuhan itu tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan peningkatan jangka hayat manusia susulan penjagaan kesihatan awam semakin baik, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan.

Hal itu juga disebabkan tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa negara.

PBB menganggarkan untuk mencapai populasi dunia sebanyak sembilan bilion akan mengambil masa 15 tahun lagi disebabkan kadar pertumbuhan yang perlahan. – Bernama

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles