fbpx

NASA lancar roket gergasi ke Bulan malam ini

MIAMI – Roket ‘gergasi’ dibina oleh Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dijangka berlepas dalam perjalanan ke Bulan pada tengah malam ini (waktu Malaysia).

Roket setinggi bangunan 32 tingkat dinamakan Sistem Pelancaran Angkasa Lepas (SLS) itu dilancarkan dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida pukul 1.47 pagi (waktu tempatan). SLS mengeluarkan daya tujahan berukuran 8.8 juta pound (39 meganewton).

“Apa yang anda lalukan hari ini akan memberikan inspirasi kepada generasi-generasi akan datang, terimakasih!,” kata pengarah pelancaran wanita pertama NASA,  Charlie Blackwell-Thompson yang disusuli sorakan kakitangannya.

Kapal angkasa Orion ditempatkan di puncak SLS. Ia akan mengorbit jiran paling dekat dengan Bumi itu. Amerika Syarikat (AS) merancang untuk menghantar angkasawan wanita atau angkasawan bukan kulit putih pertama ke Bulan pada pertengahan tahun 2020-an.

Kali terakhir AS menghantar angkasawan ke Bulan adalah semasa era Apollo, dari tahun 1969 hingga 1972.

Kali ini, AS berharap untuk menempatkan manusia di Bulan termasuk sebuah stesen angkasa bagi membantu persiapan misi menghantar manusia ke Planet Marikh dalam tahun 2030-an.

Kira-kira 100,000 orang berkumpul di sepanjang pantai untuk melihat acara bersejarah itu hari ini.

Kapal angkasa Orion tidak akan mendarat di Bulan. Orion sebaliknya akan meneroka  64,000 kilometer pada sisi jauh Bulan sekali gus lebih jauh daripada penerokaan kapal angkasa lain yang berupaya membawa manusia.

Walaupun tidak membawa manusia, kapal angkasa itu dinaiki oleh tiga buah patung lengkap dengan sensor bagi mengumpulkan data untuk kru akan datang.

Misi itu akan berlangsung selama 25 hari setengah dengan Orion dijangka jatuh di Lautan Pasifik pada11 Disember ini.

NASA menjalankan misi kali ini selepas membangunkan roket SLS selama lebih satu dekad, dengan pelaburan lebih AS$90 bilion (RM408.52 bilion) dalam program penerokaan bulan menjelang akhir 2025, menurut audit awam.

Artemis 2 akan terbabit dalam misi ‘terbang di sisi bulan dengan angkasawan’ pada 2024.

Pendaratan di permukaan bulan dijangka berlaku semasa pelancaran Artemis 3 sebelum 2025, dengan kru merangkumi wanita pertama dan individu pertama bukan berkulit putih menjejakkan kaki di bulan. – AFP 

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles