fbpx

MAQIS rampas produk makanan dari Arab Saudi bernilai RM45,000

PELABUHAN KLANG – Cubaan sebuah syarikat pembekal makanan menyeludup masuk pelbagai produk makanan dari Arab Saudi bernilai RM45,000 gagal selepas ditahan di Pelabuhan Barat, kelmarin.

Dalam pemeriksaan itu, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor berjaya merampas 432 kotak produk tenusu dan 300 kotak tuna dalam tin.

Pengarah MAQIS Selangor, Mohd Sobri Md Hashim, berkata siasatan mendapati dagangan yang dibawa masuk itu bukan hanya tidak diikrar pada borang Kastam malah tiada permit import MAQIS.

“Kesemua dagangan itu dirampas dari sebuah kontena ketika pemeriksaan rutin yang dijalankan di kawasan Pelabuhan Klang Barat.

“Siasatan kira-kira jam 3.30 petang itu mendapati, kontena terbabit membawa produk berkenaan yang bernilai RM45,000.

“Siasatan juga mendapati, syarikat tempatan terbabit membawa masuk dagangan untuk pasaran tempatan dan ini kesalahan kali pertama dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, kesemua barang dagangan ditahan untuk tindakan dan siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh disabitkan mengikut Seksyen 11 (3), Akta sama.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles