fbpx

Qatar import 250 juta tan bahan makanan setiap hari daripada Iran sempena Piala Dunia

TEHRAN: Iran mengeksport 250 juta tan bahan makanan dan produk pertanian ke Qatar setiap hari semasa kejohanan Piala Dunia FIFA, kata ketua Pertubuhan Promosi Perdagangan (TPO) Iran, Ali-Reza Peyman-Pak.

Beberapa kargo mengandungi produk Iran dihantar ke Qatar dan negara jiran di bawah perjanjian antara kedua-dua negara, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Pelaksanaan perjanjian sedemikian disediakan ketika TPO menyertai pameran di Doha, Qatar baru-baru ini.

“Promosi perdagangan dengan negara jiran menjadi pendekatan utama kerajaan Iran sekarang,” katanya.

Qatar turut menurunkan tarif untuk ahli perniagaan Iran bagi eksport semula.

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 membuka tirainya Ahad lalu dan perlawanan akhir akan berlangsung pada 18 Disember ini. – BERNAMA

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles