fbpx

Angka kematian di Cianjur meningkat kepada 162 orang

CIANJUR – Angka kematian gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat semalam meningkat kepada 162 mangsa .

Menurut Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil, kebanyakan yang terbunuh adalah pelajar sekolah awam yang sedang mengikuti kelas tambahan di sekolah Islam apabila bangunan itu runtuh, katanya ketika mengumumkan jumlah kematian terbaharu itu.

Akibat tragedi itu, hospital sesak dengan mangsa yang cedera dan jumlah korban dijangka terus meningkat.

Kira-kira 175,000 penduduk mendiami bandar Cianjur, iaitu sebahagian daripada daerah pergunungan dengan nama yang sama dihuni lebih daripada 2.5 juta orang.

Terkenal dengan masyarakat warak, kebanyakan penduduk Cianjur mendiami bangunan satu dan dua tingkat dan di rumah-rumah yang lebih kecil di kawasan luar bandar.

Kamil berkata, lebih 13,000 orang yang kediaman mereka rosak teruk dibawa ke pusat pemindahan.

Berikutan ramai cedera, petugas kecemasan terpaksa merawat penduduk di atas pengusung di luar hospital, tempat letak kereta di wilayah Cianjur, iaitu mengambil masa kira-kira tiga jam pemanduan dari ibu negara, Jawa.

Mereka yang cedera termasuk kanak-kanak, diberikan topeng oksigen dan cairan IV dan sedaya upaya cuba diselamatkan dengan beratus-ratus orang berkumpul di luar bangunan hospital wilayah Cianjur, menunggu untuk rawatan.

Seorang mangsa yang sedang menunggu dirawat, Sarmadi, berkata ketika gegaran, dia sedang bekerja.

Lebih 13,000 orang kediaman mereka rosak teruk dibawa ke pusat pemindahan selain masih ada mangsa terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

“Bangunan saya bergegar kuat, barang dalam pejabat jatuh. Kaki saya dihempap objek berat,” katanya yang ditemui di khemah luar hospital dan mengatakan sudah ke beberapa klinik sebelumnya tetapi tidak memperoleh giliran.

“Bilangan pesakit terlalu ramai dan rawatan terpaksa ditumpukan kepada mereka yang lebih serius. Saya harap saya akan dirawat selepas ini,” katanya.

Seorang pekerja binaan, Hasan, berkata dia pengsan apabila gegaran bermula, mengakibatkan dia terperangkap dan dihempap dinding.

Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah di wilayah Jawa Barat lewat petang semalam, pada kedalaman 10 kilometer, dengan gegaran turut dirasakan di Jakarta, di mana bangunan tinggi bergoyang dan beberapa orang dipindahkan.

Hari ini, menurut Jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Negara, Abdul Muhari, dianggarkan 25 lagi mangsa tertimbus dalam runtuhan di kampung Cijedil.

Agensi itu turut melaporkan, beberapa jalan terhalang berikutan tanah runtuh di sekitar daerah Cianjur.

Antara puluhan bangunan yang rosak ialah sebuah hospital dan berlaku gangguan bekalan elektrik, sementara Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia merekodkan sekurang-kurangnya 25 gegaran susulan.

Gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi yang kuat pada 2004 mengorbankan hampir 230,000 orang di lebih 10 negara, kebanyakannya di Indonesia. – AP

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles