fbpx

Anwar umum Isnin cuti umum, akan lantik 2 TPM

KAJANG: Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Isnin ini sebagai cuti peristiwa sempena pelantikannya.

Ahli Parlimen Tambun itu berkata, perkara berkenaan juga sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Sebelum ini, saya janjikan cuti pada Isnin (21 November), namun kita tidak dapat bereskan (tubuhkan kerajaan), dan (kini) kita sudah bereskan, Alhamdulillah.

“Dan saya akan tepati janji dan anjakkan cuti ini ke minggu depan, iaitu Isnin,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau juga bakal melantik dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinetnya yang akan diisi oleh wakil masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional.

“Kepada Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles