LRT Kelana Jaya alami gangguan lagi, jadual perjalanan terjejas

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya sekali lagi mengalami gangguan hari ini, dipercayai akibat gangguan teknikal yang menyebabkan kelewatan jadual perjalanan.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam satu kenyataan memaklumkan, gangguan tersebut berpunca daripada Sistem Keselamatan Hentian Kecemasan Pencerobohan Penumpang atau Platform Intrusion Emergency Stop (PIES) yang teraktif (activated) secara tiba-tiba.

Jelasnya, ia disyaki telah disambar petir di Stesen LRT Kerinchi dan menyebabkan tren dari kedua-dua arah tidak dapat melalui kawasan tersebut.

“Gangguan berlaku pada jam 5.46 petang dan ketika ini, kakitangan teknikal berada di lokasi bagi menjalankan kerja baik pulih.

“Akibat daripada gangguan itu, semua tren yang melalui kawasan berkenaan terpaksa dipandu secara manual. Ini mengakibatkan kelewatan jadual perjalanan dan kesesakan platform di beberapa stesen,” menurut kenyataan itu.

Rapid Rail turut menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma bagi membawa penumpang dari Stesen LRT Bangsar ke Stesen LRT Pasar Seni dan Stesen LRT KLCC ke Stesen LRT Pasar Seni.

Selain itu, katanya, kakitangan operasi dan polis bantuan juga ditempatkan di platform bagi mengendalikan orang ramai.

Rapid Rail menyebut, pihaknya membuat pengumuman berhubung perkara itu menerusi laman media sosial Rapid KL, di stesen dan di dalam tren untuk makluman pengguna.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles