fbpx

Peniaga rugi RM2 juta, lebih 20 kereta rosak dihempap bumbung

JOHOR BAHRU – Lebih 20 buah kenderaan termasuk kereta mewah rosak akibat dihempap bumbung yang runtuh susulan angin kencang dan hujan lebat di Jalan Skudai, Kampung Pasir, Tampoi di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu melibatkan bumbung tiga buah kedai menjual kereta terpakai.

Jumlah kerugian dianggarkan kira-kira RM2 juta termasuk kerosakan pada tiga buah bangunan yang menempatkan simpanan kereta terpakai itu.

Sebuah kereta dihempap bumbung akibat ribut dan hujan lebat di Johor Bahru petang tadi.

Seorang pekerja, Bohari Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian dia bersama lapan pekerja berada di dalam pejabat, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat.

“Apabila saya keluar saya lihat bumbung telah runtuh dan saya lihat angin berpusing serta hujan lebat.

“Saya terus azan dan mengarahkan semua pekerja keluar dari pejabat kerana kedudukan pejabat terlalu hampir dengan bumbung yang runtuh,” katanya.

Menurut Bohari, kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sejak kedai kereta terpakai ini dibuka awal tahun 90-an.

Ujarnya, ketika kejadian terdapat kira-kira 100 buah kereta berada di dalam kedai tersebut yang berharga antara RM80,000 hingga RM100,000 termasuk kereta mewah jenis BMW, Audi serta Mazda.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles