Empat pelajar bergaduh sebab campak duit di kantin ditahan

KAJANG – Empat pelajar lelaki ditahan selepas terbabit dalam pergaduhan akibat perselisihan faham dengan rakan ketika membeli minuman di kantin sebuah sekolah menengah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata polis menerima laporan kes berkenaan semalam daripada seorang pelajar berusia 16 tahun menyatakan, dirinya bersama seorang lagi rakannya telah dipukul sekumpulan pelajar sekolah.

“Pengadu menyatakan, pada jam 12.30 tengah hari dia bersama rakannya dipukul oleh sekumpulan pelajar sekolah.

“Punca kejadian disebabkan rentetan perselisihan faham di dalam sekolah pada 30 November lalu apabila pengadu dengan rakan suspek disyaki melemparkan duit ketika membeli minuman di kantin pada waktu rehat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, perselisihan faham itu berlarutan apabila kedua-dua pihak bertumbuk akibat tidak berpuas hati dan suspek bertindak meminta bantuan daripada rakan sekolah lain untuk membalas dendam terhadap mangsa.

Mohd Zaid berkata, semakan mendapati video yang dikesan tular adalah kejadian pergaduhan pada kelmarin dan semalam serta dua tempat berlainan berhampiran dengan sekolah itu.

“Pemeriksaan ke atas dua mangsa mendapati, kedua-duanya mengalami kecederaan ringan di bahagian muka dan badan.

“Bertindak atas maklumat, pada jam lebih kurang 8.50 malam tadi, sepasukan polis menahan empat suspek pelajar sekolah berusia antara 15- hingga 16 tahun yang disyaki terbabit dalam pergaduhan ini di sekitar daerah Kajang,” katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan adalah remaja bawah umur yang bersekolah di sekolah yang sama dengan mangsa.

“Suspek yang ditahan akan dipohon reman di Mahkamah Bandar Baru Bangi pada hari ini.

“Pihak polis juga masih mengesan beberapa individu yang disyaki terbabit dalam kes ini bagi membantu siasatan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan di mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Pegawai Penyiasat ke, Inspektor Suresh Krishnan di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles