fbpx

378 kes penderaan kanak-kanak di Pahang

KUANTAN – Pahang merekodkan 378 kes penderaan kanak-kanak dalam tempoh hampir 11 bulan tahun ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, Datuk Zulkhairi Zainol Abidin, berkata daripada jumlah itu serangan seksual, penderaan fizikal dan emosi menjadi kes tertinggi dengan 279 kes yang membabitkan mangsa di bawah umur 18 tahun.

Katanya, ia diikuti pengabaian yang mencatat sebanyak 61 kes, dibuang dan tiada ibu bapa sebanyak 17 kes serta 27 lain-lain kes.

Kuantan mencatat kes penderaan dan pengabaian tertinggi iaitu 168 kes dan diikuti Temerloh (58 kes), Pekan (25 kes), Bera (23), Jerantut (21), Maran (20), Cameron Highlands (18), Raub (13), Lipis (13) dan Bentong (9).

Beliau berkata, JKM Pahang memandang serius isu berkaitan kanak-kanak yang berlaku di negeri ini, justeru pelbagai usaha dilakukan dalam memastikan kes penderaan tidak terus berlarutan berlaku.

“Perlakuan ke atas mangsa kebanyakannya perbuatan ahli keluarga, selain jiran dan rakan mangsa yang mengambil kesempatan.

“Pelbagai faktor menyebabkan berlakunya kes penderaan ini, antaranya kesempitan hidup, sikap panas baran dan tekanan,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles