fbpx

Walaupun tersingkir, tewaskan Brazil kenangan manis buat Cameroon

JURULATIH Cameroon, Rigobert Song menyifatkan pertembungan dengan Brazil awal pagi tadi disulami kenangan pahit dan manis buat bola sepak Afrika.

Tandukan Vincent Aboubakar mencetuskan kemenangan 1-0 Indomitable Lions sekali gus muncul sebagai negara Afrika pertama berjaya menewaskan Brazil di Piala Dunia.

Meskipun meraih kemenangan, Cameroon menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dan secara automatik tersingkir daripada kejohanan.

Walaupun Brazil sudah mara ke pusingan seterusnya, Cameroon masih menjadi pasukan pertama yang menewaskan juara dunia lima kali itu dalam peringkat kumpulan Piala Dunia sejak dilakukan Norway di Perancis 1998.

“Sekarang kami sedar yang kami mampu menjadi lebih baik,” kata Song.

“Namun, kami adalah sebuah pasukan muda. Hari ini, kami sudah melihat sebuah pasukan muda yang menjadi semakin kuat dan mereka seharusnya diberikan pujian atas prestasi mereka.

Dalam pada itu, Switzerland menyambar slot terakhir ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 menerusi kemenangan 3-2 ke atas Serbia di Stadium 974 awal pagi tadi.

Kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan G itu membolehkan Switzerland mengiringi Brazil ke peringkat kalah mati.

Switzerland menyambar slot terakhir ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2022 menerusi kemenangan 3-2 ke atas Serbia.

Kejayaan itu terus menyalakan impian Switzerland untuk memperbaiki pencapaian terbaik mereka di Piala Dunia iaitu suku akhir sebanyak tiga kali pada edisi 1934, 1958 dan 1954.

Dalam aksi itu, Switzerland membuka tirai jaringan menerusi rembatan Xherdan Shaqiri pada minit ke-20 sebelum Aleksandar Mitrovic menanduk masuk gol penyamaan Serbi enam minit kemudian.

Tidak lama kemudian, Serbia pula yang berjaya mendahului menerusi Dusan Vlahovic pada minit ke-35.

Bagaimanapun, skuad bimbingan Murat Yakin berjaya mengikat kedudukan 2-2 apabila Breel Embolo mudah menampan masuk hantaran lintang Silvan Widmer yang langsung tidak dikawal pada minit ke-44.

Pemain tengah Nottingham Forest, Remo Freuler muncul wira Switzerland apabila meledak gol kemenangan pasukan ranking ke-15 dunia itu selepas menyudahkan hantaran Ruben Vargas pada minit ke-48.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles