fbpx

Selangor kutip RM20 juta hasil caj plastik 20 sen

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor mengutip RM20 juta daripada caj beg plastik 20 sen sejak 2020 hingga Jun tahun ini.

Jumlah kutipan sepanjang tahun ini dijangka meningkat sehingga RM9 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Hee Loy Sian, berkata kutipan tinggi yang direkodkan itu disebabkan kurangnya penguatkuasaan larangan penjualan beg plastik susulan pandemik COVID-19.

Beliau berkata, pada 2020, sejumlah RM6.6 juta (RM6,652,899) kutipan direkodkan, diikuti RM8.5 juta (RM8,512,567.73) pada 2021 dan sehingga Jun tahun ini, jumlah kutipan yang direkodkan adalah RM4.8 juta (RM4,834,983.94).

“Saya mengaku ada masalah daripada penguatkuasaan terutama ketika pandemik yang mana kita beri kelonggaran kepada peniaga berikutan pendapatan dan perniagaan mereka tidak begitu bagus.

“Kita tidak mahu menyusahkan mereka, justeru penguatkuasaan kurang dijalankan dalam tempoh berkenaan,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Elizabeth Wong Keat Ping (PH-Bukit Lanjan) yang bertanya mengenai tindakan kerajaan terhadap isu penggunaan plastik yang semakin berleluasa.

Mengulas lanjut, Loy Sian berkata, penguatkuasaan secara besar-besaran akan dilaksanakan bermula tahun depan dengan tindakan tegas seperti menarik balik lesen premis perniagaan mungkin diambil.

“Kita juga mungkin mencadangkan untuk menaikkan caj kutipan atau mengadakan hari tanpa beg plastik yang mana tiada penjualan plastik dengan caj 20 sen dibenarkan,” katanya.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles