Penguat kuasa KKM dilengkapi kamera badan

PUTRAJAYA – Anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan (KKM) bagi Program Kesihatan Awam dan Program Farmasi kini dilengkapi kamera badan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, berkata pemakaian teknologi berkenaan bagi menjamin ketelusan penugasan dan kebajikan anggota sekali gus memelihara integriti dan meningkatkan imej kementerian.

“Saya mengucapkan syabas kepada KKM khususnya Program Kesihatan Awam dan Program Farmasi atas inisiatif penggunaan teknologi ‘Body Camera’ dalam pelaksanaan tugas penguatkuasaan.

“Penggunaan kamera badan bukan sahaja dapat memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan, malah menjaga kebajikan dan keselamatan pegawai penguat kuasa ketika melaksanakan tugas mereka,” katanya di sini hari ini.

Dr Zaliha berkata, penggunaan teknologi berkenaan ketika operasi penguatkuasaan bertujuan mengatasi isu ancaman dan halangan terhadap anggota penguat kuasa oleh penjual, pemilik premis atau orang awam.

Katanya, antara ancaman tersebut termasuk ugutan bunuh, cubaan memukul dengan batang besi, ancaman lisan dengan kata-kata kesat serta cubaan memberi rasuah.

Pelaksanaan itu bakal memberi pembuktian atau bukti balas sewajarnya kepada pegawai penguatkuasaan terhadap pelbagai tuduhan atau tohmahan sepanjang menjalankan operasi penguatkuasaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles