fbpx

Ucapan bekas PM Britain bernilai lebih 1 juta pound

LONDON – Bekas Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menerima bayaran lebih 1 juta pound (RM6.17 juta) untuk empat ucapannya sejak berundur daripada jawatannya itu tiga bulan lalu.

Johnson kehilangan sokongan menteri dan penggubal undang-undang berikutan skandal berbulan-bulan, termasuk menganjurkan parti ketika seluruh Britain berada di bawah perintah berkurung ketika pandemik COVID-19.

Bekas pemimpin berusia 58 tahun itu dibayar 1,030,782 paun untuk empat kali berucap pada Oktober dan November, kadar kira-kira 30,000 paun sejam, menurut daftar terkini kewangan Ahli Parlimen.

Sebagai Ahli Parlimen, Johnson dikehendaki mengisytiharkan pendapatan luar, serta bilangan jam yang terbabit.

Kerja bergaji terbaik Johnson ialah untuk ucapannya di New York kepada firma kewangan AS Centerview Partners bernilai 277,724 paun.

Firma itu juga menyediakan pengangkutan dan penginapan untuk Johnson dan dua orang kakitangannya, dan komitmen masa yang didaftarkan ialah sembilan jam.

Pendapatannya yang lain ialah pembabitan dengan akhbar India Hindustan Times yang mana dia dibayar 261,652 paun, serta 215,276 paun untuk ucapan di CNN Global Summit Lisbon, dan 276,130 paun untuk Majlis Insurans Persidangan Ejen dan Broker.

Beliau juga menerima derma dalam bentuk penginapan daripada penderma Konservatif keluarga Bamford bernilai ribuan pound, dan mengadakan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) bernilai lebih 11,000 pound untuk mesyuarat yang dibiayai oleh taikun media Rupert Murdoch.

Pada Oktober Johnson meninggalkan percubaan untuk menuntut semula jawatan yang beliau hilang hanya beberapa minggu sebelum itu selepas penggantinya Liz Truss memegang jawatan singkat sebagai perdana menteri.

Selepas pulang daripada percutian di Caribbean, Johnson berkata beliau tidak percaya boleh menyatukan Ahli Parlimen partinya. – Reuters

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles