fbpx

Johari mula tugas Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Datuk Johari Abdul telah dipilih sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat hari ini.

Beliau telah mendapat sebanyak 147 undi daripada keseluruhan 222 Ahli Dewan Rakyat manakala pencabarnya, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad yang dicalonkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hazmah Zainudin hanya memperoleh 74 undi.

Terdahulu, beliau merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun dan telah mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan serta-merta.

Johari berikrar akan memenuhi tanggungjawabnya sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu dipilih dalam melaksanakan tanggungjawab prosiding dan urusan dewan.

Katanya, beliau yakin dengan pengalaman dan pengetahuan sebelum ini sebagai bekas Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD), ahli perniagaan, bekas Ahli Parlimen dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berupaya membantunya melaksanakan tanggungjawab yang berat itu.

“Seperti yang diketahui umum, kerusi Yang Dipertua adalah simbolik kepada kuasa dan bidang tugas Yang Dipertua pula mengawal selia mesyuarat serta memastikan kelancaran, mesyuarat dengan pematuhan peraturan oleh Ahli Dewan Rakyat seperti dengan jelas termaktub dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Justeru, saya memohon semua Ahli Dewan Rakyat menghormati kerusi Yang Dipertua ini dengan memberi penghormatan dan kepercayaan kepada saya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, bukan atas dasar kapasiti peribadi tetapi sebagai individu yang dipilih menduduki kerusi ini dan diberi tanggungjawab dalam segala prosiding serta urusan dalam dewan yang mulia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sulung selepas dilantik ke jawatan itu di Dewan Rakyat hari ini.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles