fbpx

Tanah runtuh: Sembilan mangsa masih hilang, identiti sebahagian mangsa belum diketahui

HULU SELANGOR – Polis menganggarkan sembilan mangsa insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, di sini masih hilang.

Pihak polis juga masih dalam proses mengenal pasti identiti sebahagian mangsa.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata setakat ini pihaknya baru menerima dua laporan polis daripada waris mangsa yang masih hilang.

“Dua laporan polis berkenaan kita sudah membuat semakan dengan teliti. Buat masa sekarang, anggaran mangsa yang hilang masih seramai sembilan orang.

“Jumlah berkenaan kita peroleh daripada pengurus tapak perkhemahan dan kita masih dalam proses memperincikan lagi maklumat terbabit,” katanya hari ini.

Usaha SAR giat dijalankan pihak berkuasa.

Suffian berkata, polis tidak dapat mendedahkan secara terperinci butiran mangsa berkenaan susulan siasatan lanjut masih dijalankan.

Beliau menggesa individu yang kehilangan ahli keluarga supaya membuat laporan di balai polis berhampiran supaya tindakan lanjut dapat diambil.

Setakat ini 24 mayat mangsa sudah dikeluarkan pada hari pertama dan kedua operasi mencari dan menyelamat dijalankan.

Sementara itu, pada hari kelima pencarian, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menemui petunjuk di kawasan Riverside atau Sektor C bahawa ada mangsa terperangkap.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menemui objek seperti tong, bekas khemah dan alat perkakas perkhemahan dalam penggalian hari ini.

“Sejak dari pagi tadi sehingga lewat petang ini (7 malam), fokus pencarian adalah di kawasan Sektor C iaitu kawasan tapak perkhemahan yang paling hujung serta di sekitar kawasan sungai berhampiran,” katanya.

Beliau berkata bagaimanapun tiada sebarang perkembangan positif berhubung penemuan mangsa diperoleh.

Related Articles

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles