fbpx

Banjir: Terengganu paling terjejas, mangsa di Kelantan terus meningkat

KOTA BHARU – Setakat ini, Terengganu paling terjejas banjir membabitkan 39,497 mangsa daripada 11,352 keluarga dengan 312 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan juga meningkat kepada 31,311 orang sehingga jam 8 malam tadi berbanding 30,015 orang pada sebelah petang.

Kesemua mangsa di negeri Serambi Mekah itu membabitkan 8,987 keluarga ditempatkan di 139 PPS di lapan daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Kuala Krai, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tanah Merah dan Tumpat.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kelantan, jumlah mangsa di Pasir Mas paling ramai iaitu 11,719 orang daripada 3,710 keluarga ditempatkan di 37 PPS, diikuti Pasir Puteh dengan jumlah 5,786 orang membabitkan 1,491 keluarga di 20 PPS.

Selain itu, mangsa banjir di Kota Bharu seramai 4,074 orang daripada 1,057 keluarga di 24 PPS, Tumpat (4,050 keluarga daripada 1,170 keluarga di 12 PPS), Kuala Krai (2,721 mangsa, 730 keluarga di 20 PPS), Bachok (1,465 orang, 371 keluarga di tujuh PPS), Tanah Merah (1,123 mangsa, 344 keluarga di 13 PPS) dan Machang (373 mangsa, 114 keluarga di enam PPS).

Pada masa sama, sebanyak 459 PPS telah dibuka setakat ini bagi menempatkan mangsa banjir di lima negeri, membabitkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Johor.

Menurut lawan web Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua PPS berkenaan menempatkan keseluruhan 20,397 keluarga membabitkan 71,081 mangsa banjir ketika ini.

Di Perak dan Johor, masing-masing 2 PPS beroperasi, manakala di Pahang, terdapat 4 PPS yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles