fbpx

Rakyat China pilih Malaysia untuk melancong

SHAH ALAM – Rakyat China memilih Malaysia antara 10 negara pilihan untuk melancong ke luar negara.

Dapatan itu diperoleh berdasarkan carian di laman web antarabangsa, Trip.com Group.

Negara lain yang menjadi pilihan warga China ialah Jepun, Thailand, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Singapura, Australia, United Kingdom, Macao dan Hong Kong.

Sebelum ini Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China pada Isnin mengumumkan, pelancong yang tiba ke negara itu tidak lagi perlu dikuarantin bermula 8 Januari depan, sekali gus menamatkan polisi hampir tiga tahun.

Pihak berkuasa juga memaklumkan, warga China turut dibenar untuk melancong ke luar negara tanpa perlu memberikan butiran perjalanan.

Ketika wabak Covid-19 berleluasa, kerajaan negara itu tidak membenarkan warganya mendapatkan pasport atau meninggalkan negara itu, melainkan atas faktor penting seperti perniagaan.

kunjungan pelancong China ke negara ini selain daripada membeli-belah dan beristirahat di pusat peranginan, juga disebabkan mereka menggemari makanan di Malaysia.

Mereka turut menggemari pusat peranginan berkonsepkan pantai dan kerap berkunjung ke pulau-pulau yang terdapat di Malaysia termasuk Pulau Pangkor, Pulau Langkawi, Pulau Perhentian dan lain-lain lagi yang terdapat di negeri Sabah

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles