Mayat separuh bogel ditemui terapung

BESUT – Mayat seorang wanita dalam keadaan separuh bogel, ditemukan terapung kira-kira 11 kilometer di kawasan perairan Pulau Perhentian, di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor, berkata mayat yang belum dikenal pasti warga negara itu, ditemukan hanya berbaju serta memakai sarung tangan kain, ketika ditemui.

Katanya, pemeriksaan awal terhadap tubuh badan mayat mendapati tiada kecederaan, luka atau perbuatan jenayah.

“Mayat berkenaan dijumpai oleh bot pemancing kira-kira jam 11.30 pagi. Pemberi maklumat bertindak menarik mayat itu sebelum diikat pada tali unjang mengelakkan ia dihanyutkan arus.

“Dia kemudian memaklumkan kejadian itu kepada Balai Polis Pulau Perhentian,” lapor BH Online hari ini.

Azrol berkata, usaha untuk ke lokasi kejadian semalam terpaksa ditangguhkan ke hari ini kerana keadaan laut bergelora serta angin kencang.

“Pada pagi tadi kira-kira jam 10 pagi Ketua Polis Balai Pulau Perhentian bersama anggota ke lokasi kejadian setelah keadaan laut reda.

“Mayat dijumpai terapung berdekatan unjang yang dimaklumkan pemberi maklumat kira-kira jam 11.15 pagi tadi,” katanya.

Katanya, mayat kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk pemeriksaan lanjut.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="mykosmopolitan" twitter="tagdivofficial" youtube="tagdiv" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333" open_in_new_window="y" manual_count_facebook="525"]
- Advertisement -spot_img

Latest Articles