fbpx

Piala Dunia: Malaysia hadapi Sepanyol Ahad ini

SPEEDY Tigers akan bertemu Sepanyol pada aksi penentuan tempat ke suku akhir Piala Dunia 2023 di Bhubaneswar, India, Ahad ini.

Sebelum itu, pasukan kendalian Arul Selvaraj menewaskan New Zealand 3-2 dalam aksi terakhir Kumpulan C, semalam.

Kemenangan kedua buat Malaysia di Piala Dunia 2023 selepas menewaskan Chile, 3-2 melayakkan mereka menamatkan saingan Kumpulan C di tempat kedua di belakang Belanda.

Menyingkap sejarah pertembungan Malaysia dan Sepanyol, sebelum ini kedua-dua pasukan pernah bertemu dalam aksi pemanas badan sebelum kejohanan bermula, menyaksikan Sepanyol meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Malaysia.

Bagaimanapun, dalam menghadapi perlawanan seterusnya, Arul mahu anak buahnya fokus kepada berehat dan tidak terlalu memikirkan pihak lawannya.

“Untuk masa sekarang, fokus kita adalah merehatkan fizikal serta mental dan tak mahu memikirkan mengenai perlawanan seterusnya.

“Raikan dan rehatkan minda. Kami akan membuat proses seterusnya untuk perlawanan akan datang dan pada 21 Januari (esok), kita akan ada sesi latihan. Kami akan menggunakan sesi berkenaan untuk menentukan corak permainan bagi menentang pasukan lawan nanti,” katanya.

Untuk rekod, secara keseluruhan Malaysia pernah bertemu Sepanyol sebanyak 18 kali dengan pasukan negara hanya melakar tiga kemenangan dan dua keputusan seri manakala selebihnya dikuasai skuad lawan.

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Stay Connected

525FansLike
3,912FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
- Advertisement -spot_img

Latest Articles